Dah lama x update blog.😆
Dalam masa setahun ni macam2 berlaku especially kehadiran ahli baru dalam keluarga ni.👪👫
Bulan Julai 2016 tahun lepas alhamdulillah keluarga ni menerima menantu baru lagi. Cucu Mak Meah & Tok Brahim terima 'menantu' cucu dari negara luar. Kaki Puncak Everest gitu⛄🌄. Alhamdulillah Husna selamat diijabkabulkan pada bulan Julai lalu di Masjid Muadz Bin Jabal di lembah Klang sana👰👨. Majlis dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.
Majlis walimatul urus diadakan pada 8 Oktober 2016 di Teratak 198🌆. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun ramai ahli keluarga tak dapat hadir atas urusan tertentu.
Kemudian, bersyukur ke hadrat ilahi dengan kehadiran cicit ke-3 Mak Meah & Tok Brahim pada 29.09.2016 @ Hospital Besar Melaka. 👶Baby Nur Orkid Sophea di lahirkan premature @ 34weeks 3 days. Alhamdulillah 11 hari saja di NICU🚑 dan dibenarkan keluar setelah cukup berat 1.84kg.
Keluarga kami terima berita gembira lagi dengan kemungkinan akan menerima kehadiran cicit yg ke-4 tahun ni..in shaa Allah Husna & suami akan menerima cahaya mata pertama👶 pada bulan 5 ni..Alhamdulillah.
Happy!😀😄😃😆😉😋
Semoga 2017 akan menjadi tahun yg lebih baik dan memberi kami rezeki dan rahmat.
Aminnnn.,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan